Triple 7 Services Sdn Bhd · MYFutureJobs · 1d
Admin Assistant (Customer Service)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia- Posted
- 2026-10-07 (1d)
- Place
- Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
- Commitment
- Full Time
- Education
- Diploma
- Department
- Wholesale and retail trade and repair of motor vehicles and motorcycles
- Source
- MYFutureJobs (the employer’s own listing)
Your match
Sign in to see how your skills match this job.
Skills in this posting
Microsoft ExcelWordCustomer ServiceMalay
Membantu dalam pentadbiran dan penyelarasan urusan tuntutan insurans kenderaan pihak ketiga, termasuk penyediaan dokumen dan penyelarasan kerja pembaikan (bodi dan cat), serta memastikan komunikasi yang berkesan antara pelanggan, syarikat insurans, pelaras kerugian dan kakitangan dalaman
⚙️ Tanggungjawab Utama:
A. Pentadbiran
• Mengurus dan memproses dokumen tuntutan insurans pihak ketiga
• Menyediakan dan menghantar fail tuntutan kepada syarikat insurans atau pelaras kerugian.
• Menyemak dan mengemas kini status tuntutan (diluluskan, dalam proses, ditolak, pembayaran).
• Memastikan semua borang dan dokumen sokongan tuntutan lengkap serta difailkan dengan teratur.
B. Penyelarasan Bengkel
• Menyelaraskan dengan bahagian Bodi & Cat bagi memastikan kerja pembaikan dilakukan mengikut kelulusan tuntutan.
• Memantau kemajuan kerja pembaikan dari mula hingga siap.
• Memaklumkan pelanggan mengenai perkembangan pembaikan, terutamanya pelanggan berbahasa Cina.
C. Dokumentasi & Laporan
• Menyelenggara dan menyusun semua rekod tuntutan (salinan fizikal dan digital).
• Merekod butiran kenderaan, pelanggan, dan maklumat tuntutan secara sistematik.
• Membantu menyediakan laporan bulanan tuntutan dan prestasi bengkel.
D. Khidmat Pelanggan & Komunikasi
• Menjawab pertanyaan pelanggan melalui telefon, WhatsApp atau secara bersemuka dalam Bahasa Melayu, Inggeris, dan Mandarin.
• Memberi sokongan pentadbiran kepada Eksekutif Tuntutan atau Pengurus Bengkel.
E. Tugas Pentadbiran Am
• Melaksanakan tugasan harian seperti kemasukan data, pemfailan, pengimbasan dan penyediaan dokumen.
• Memastikan semua dokumen tuntutan memenuhi piawaian audit syarikat dan pihak insurans.
• Menjaga kebersihan dan susun atur ruang pejabat serta fail dengan baik.
🧠 Kemahiran & Kecekapan:
• Fasih dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin
• Pengetahuan asas tentang proses tuntutan insurans kenderaan pihak ketiga.
• Kefahaman mengenai operasi bengkel pembaikan bodi dan cat kenderaan adalah satu kelebihan.
• Kemahiran komunikasi, penyelarasan, dan pengurusan masa yang baik.
• Mahir menggunakan komputer (Microsoft Excel, Word, dan e-mel).
🎓 Kelayakan & Pengalaman:
• Minimum STPM / Diploma dalam bidang Pentadbiran, Perniagaan atau yang berkaitan.
• Pengalaman dalam tuntutan automotif / pentadbiran bengkel / insurans adalah satu kelebihan.
• Calon baru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dialu-alukan memohon.
• Calon yang berpenampilan menarik adalah dialu alukan
Job details
• Education: Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5
• Contract: Permanent
• Working hours: Normal Hour
• Openings: 1
• Sector: Wholesale and retail trade and repair of motor vehicles and motorcycles
• Closes: 2026-11-06
About TRIPLE 7 SERVICES SDN BHD (50-250 employees)
VISION
- To be successful bumiputera company with many customers and trained employees.
MISSION
-Provide the best service to all customers.
- Ensuring that the company is recognized at all levels and internationally as well as winning various excellent awards at the Sabah state level in particular.
Triple 7 Services Sdn Bhd
This is the only open role at Triple 7 Services Sdn Bhd in Malaysia right now.