Selenggara Timur Sdn Bhd · MYFutureJobs · Today
PENYELIA TAPAK KESELAMATAN
Jerteh, Terengganu, Malaysia- Posted
- 2026-10-08 (Today)
- Place
- Jerteh, Terengganu, Malaysia
- Commitment
- Contract
- Education
- Diploma
- Department
- Civil engineering
- Source
- MYFutureJobs (the employer’s own listing)
Your match
Sign in to see how your skills match this job.
Skills in this posting
Civil Engineering
Skop Tugas & Tanggungjawab
-Memantau dan memastikan keselamatan di tapak pembinaan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.
-Menjalankan pemeriksaan tapak (site inspection) secara berkala bagi mengenal pasti hazard, unsafe act dan unsafe condition.
-Memastikan semua pekerja mematuhi prosedur kerja selamat dan menggunakan PPE yang bersesuaian seperti safety helmet, safety shoes, safety vest, safety harness dan lain-lain.
-Memantau kerja-kerja berisiko tinggi serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan dengan sempurna.
-Memastikan pemasangan dan penyelenggaraan safety signage, barricade, hoarding serta exclusion zone dilaksanakan dengan betul.
-Menjalankan toolbox meeting dan safety briefing kepada pekerja sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu.
-Menyediakan laporan keselamatan, pemeriksaan tapak dan dokumentasi berkaitan secara berkala.
-Memantau tindakan pembetulan (corrective action) sehingga semua hazard dan ketidakpatuhan diselesaikan.
-Membantu dalam siasatan kemalangan, insiden dan near miss serta menyediakan laporan berkaitan.
-Memastikan pematuhan terhadap keperluan DOSH/JKKP, OSHA serta peraturan dan prosedur keselamatan yang berkaitan.
-Bekerjasama dan berkomunikasi dengan Project Manager, Site -Agent, penyelia serta pekerja bagi memastikan isu keselamatan ditangani dengan segera.
-Mempunyai kuasa untuk menasihatkan atau menghentikan kerja sekiranya terdapat keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan serius atau mengancam keselamatan pekerja.
Kelayakan
-Mempunyai Sijil Penyelia Keselamatan dan Kesihatan (SSS) yang diiktiraf oleh JKKP/DOSH.
-Mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan tapak pembinaan adalah satu kelebihan.
-Mempunyai pengetahuan berkaitan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) serta keperluan JKKP/DOSH.
-Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Bertanggungjawab, tegas, proaktif dan mampu bekerja secara sendiri atau dalam pasukan.
-Bersedia bekerja di tapak pembinaan mengikut keperluan projek
Job details
• Education: Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5
• Contract: Contract
• Working hours: Flexible Hours
• Openings: 1
• Sector: Civil engineering
• Closes: 2026-11-07
About SELENGGARA TIMUR SDN BHD (50-250 employees)
SELENGGARA TIMUR SDN BHD (STSB) merupakan sebuah syarikat bertaraf Bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 2013. STSB telah dianugerahkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001-2015. STSB juga merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan gred G7.
Selenggara Timur Sdn Bhd
This is the only open role at Selenggara Timur Sdn Bhd in Malaysia right now.